Andai kau resah gelisah, usah kau panjangkannya pada manusia, tapi panjangkan dukamu dalam doamu kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang
Usahlah dirimu mempersia-siakan titisan airmatamu kerana cinta manusia mahupun dunia, kerana ia tak menjanjikan sedikitpun manfaat untukmu didunia dan akhirat sana..
Namun menangis dan menitislah airmatamu kerana mengenangkan dosa-dosamu di dalam jiwa, semoga Dia mengampunkan dosa2mu seperti gugurnya dedaunan kering apabila ditiup angin dunia..
"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan,
Dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari kurniaNya. Dan orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang sangat keras"
( Asy-Syuuraa: 25-26)