BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 16, 2010

Muliakah kamu wahai orang yang ditarbiyyah?



'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."
***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.

Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

Artikel ini untuk diri saya. Agar saya mampu bermuhasabah diri.
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...


Ya. aku kejar TAQWA.

tapi, untuk mencapai taqwa itu, disinilah peranan dakwah dan tarbiyyah.

Sumayyah Abdul Aziz



Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88)

Wednesday, November 10, 2010

P & P

Posted by Picasa

Sunday, October 10, 2010

Promosi Maksiat Dan Buka Aib Sendiri | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Promosi Maksiat Dan Buka Aib Sendiri | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, June 18, 2010

Peringatan buat kesekian kali...


Diri ini hanyalah manusia biasa. Tiada lepas dari lalai. Peringatan dariNya sentiasa menghinggap di hati. Namun, hanya yang tersedar, lalu berfikir dan terus beramal dengannya tanpa rasa ragu, dia orang yang paling beruntung. Ana ingin berkongsi beberapa kata-kata hikmat yang telah dikongsi oleh saudara kesayangan. Mungkin kita sering sahaja mendengar atau membaca apa yang akan ana kongsikan, namun hanya segelintir dan amatlah sikit orang yang benar2 akan tertusuk qalbunya dan terus beriman dan meningkatkan amalnya. Peringatan sebegini harus diulang dan diulang berulang kali. Agar tiba satu saat nanti, di mana kita tidak akan rasa rugi dan menyesal. Hayatilah dan terus beramal (peringatan buat diri terutamanya)


Barangsiapa mengaku 3 hal, namun tidak bersih dari 3 hal bererti dia tertipu.

  • Pertama, mengaku akan manisnya zikir, sedang dia masih cintakan dunia.
  • Kedua, mengaku ikhlas beramal tetapi suka penghormatan manusia kepadanya.
  • Ketiga, mengaku cinta kpd khaliqnya tetapi masih menturut nafsunya.

Rasulullah saw bersabda:

" Akan datang atas umatku dimana ia menyukai 5 hal dan melupakan 5 hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat. Mereka suka pd harta sehingga melupakan Hari Hisab. Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliqnya. Mereka suka berdoa, tetapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur."

Kitab mukhasafah qulub

Sunday, May 23, 2010

Tips untuk Akhawat...

Tips untuk akhawat dalam berhadapan dengan ajnabi bagi mengelakkan ikhtilat.


1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.


sms


2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:


“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”


Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?



3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”


muslimah



4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye..



5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.



Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi. (”,)



Read more: http://narawastuilmu.blogspot.com/2008/08/tips-untuk-akhawat.html#ixzz0olvfWFHY

Tuesday, May 18, 2010

Jom elakkan KeRUGIan yang kekal....

Kelas hari ni tamat seperti biasa. Kepenatan terasa.. Kakiku pedih. Mungkin sebab kasut baru agaknya. Kasut lama telah rosak dan tercabut sudah tapaknya. Aduh, kesian betul bila ku melihat. Sayang. Tak sampai hati nak buang. Sebabnya dah banyak kasut tu berjasa. Ealah, sejak start dari SEM III sampai lah bulan 5 ni, kasut tulah penemanku, pelindung kaki2ku. Suhu udara semakin meningkat, membahang. Peluh menjalar turun, membasahi dahi. Teman disebelahku mengadu, panas. Apa yang boleh dibuat, hari-hari macam nilah, berulang alik dari gam'ah ke rumah. Al-maklumlah dah summer. Kalau tak tahan panas, " Ya 'ammu, difa' madani!" huhu..

Hari ni, mungkin hari last aku dan teman-teman ke gam'ah, terus aku ajak orang disebelahku, "Mimie, jom! Teksi ea??" hehe. "Mimie ikut je". Sebab hari last lah, aku kasi alasan nak naik teksi. Tak larat nak jalan (alasan semata-mata)

Di perjalanan sepanjang jalan pulang, kulihat sekelilingku. Kedai-kedai berderet. Jalan 'jam' seperti biasa. Tiada yang luar biasa. Kedai 'ashob' jadi tumpuan. Maklumlah, dahaga!! Aduh, berkecur air liurku. Sabar2 Wahidah. Kat rumah pun ada air. Hehehe.. Di seberang jalan sebelah lagi, ada hospital2. Ditepi2 pagar hospital, ada makcik2 pakcik2 duduk2 kat atas batu 'pavement'. Ada yang beralaskan kotak-kotak. Ada jugak yang duduk je atas tu. Dibawah cahaya matahari yang terik ni!! Entahlah apa yang ditunggunya, aku pun tak da idea. Ramai jugak yang berjalan. Yang dok nak tahan teksi pun ramai. Ada yang sempurna, ada jugak yang sakit. Maklumlah, kawasan sekitar hospital. Macam2 boleh nampak.

Belum lagi sampai di rumah, terus aku dan Mimie dikhabarkan rumah blackout. Allah, macam mana ni??! Dah la panas2 ni. Dylla yang sepatutnya masak hari ni tak leh nak masak. Hurm, makan delivery lah nampaknya. Takpe2, sabar2. Sampai di rumah, buang masa. Takpe, rilek jap, panas ni, letih lagi. Kita tunggul letrik ea. Satu dua jamku berlalu begitu sahaja.

Alangkah membazirnya aku. Alangkah lupanya aku. Tak cukup lagi tu. Keluar lagi lepas sebaik sahaja usai solat Asar. Takpe2, ni nak beli barang ni. Barang nak makan. Nak 'study leave' dah kan. Hehehe.. Semuanya saja nak sedapkan hati.

Lalai, leka. Tak sedar. Unconscious.

Tiba-tiba...

ADUH!! SAKITNYA!! Tertusuk sesuatu.. 'Khayal' sebentar..

"Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu...." (2:29)

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" (51:56)

" Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (67:2)


Allah telah menciptakan segala-galanya yang ada di bumi ni untuk kita gunakan. Yang pasti semua benda tu adalaha alat untuk kita beribadah kepadaNya, alat untuk kita melihat KeagunganNya, KebesaranNya. Sihat, sakit, hidup, mati, makanan, minuman, sayur-sayuran, pokok-pokok, kumbang dan bunga, and even masa pun, segala-galanya untuk kita, makhlukNya ciptaan yang terbaik yang dinamakan manusia.

Namun, sejauh mana kita menggunakan segala-galanya yang dikurniakan oleh Rabb kita, yang amat menyayangi kita dengan sifat Ar Rahim Nya, ke arah kebaikan seperti yang Dia kehendaki?
Sebanyak mana antara kita yang sedar akan hakikat itu? Dan sebanyak mana juga antara kita yang sedar akan hakikat itu, dan mengamalkannya dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang pengembara ini? (termasuklah diriku di antara golongan2 ini juga)

Sungguh kejam lah diri kita, kerana menidakkan hakikat ini. Sungguh zalim diri ini akan Pencipta dirinya kerana memekakkan telinga akan kebenaran ini. Namun Dia sesekali tidak akan rugi. Yang rugi ialah kita. Sungguh rugi, rugi serugi-ruginya. Kerana tidak melaburkan segala-galanya ke 'syarikat' yang benar lagi menjanjikan keuntungan yang besar....

Dia berfirman lagi,

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (9:111)


Dan yang rugi itulah kita...

Ayuh teman-teman yang sangat-sangat kusayangi, jomlah kita sama-sama laburkan 'saham' kita yang telah diberikan oleh Al-Khaliq untuk kita laburkan ke 'syarikat akhirat' yang telah pasti ganjarannya yang sangat BEST dan yang tak boleh dimiliki dengan hanya 'saham' seposen dua.

Peringatan buat diri ini juga, supaya sentiasa10x ingat akan 'saham' yang kekal abadi ini.

Wallahu'alam







Tuesday, March 30, 2010

Hati yang memilih

Blur. Kosong. Tiada arah. Begitu sikap otaknya kebelakangan in. Dia tidak tahu mengapa tiba-tiba dia merasakan dirinya hilang arah tujuan. Sedangkan sebagai orang mukmin dia tidak seharusnya begitu.

'Orang mukmin itu hidupnya adalah untuk sembah Allah,menjadi khalifah di muka bumi ini… '


Begitu kata ibu saban hari sewaktu masa remajanya, jika dia berasa malas untuk bersolat jemaah di surau mahupun untuk menyertai aktiviti kebajikan di kawasan kampung.Ustaznya turut mengatakan kepadanya di dalam kelas agama mereka. Berulang kali ustaz menyebut, menjadi rutin yang janggal ditinggalkan.

'Allah berfirman : Wa maa Khalaqtul Jinna Walins Illaa Liya'buduun.. Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah aku , surah Az-Zariyat ayat 56...' Begitulah ayat yang ustaz selalu baca sebelum memulakan kelas, ditambah dengan huraian yang pelbagai. Dia mendengar tanpa jemu. Berfikir tanpa rasa.Apabila hijrah termaktub dalam kanvas sejarahnya, dia bertemu dengan sekumpulan pemuda yang sangat soleh. Lebih soleh dari sahabat-sahabatnya di sekolah agama dahulu. Detik kakinya menjejakkan tanah di kepulaun British ini, dia disambut meriah oleh mereka, seolah-olah mereka ibarat rakan lama. Mereka membawanya ke rumah untuk bertamu nasi dan lauk malaysia. Tidak kempunan dia akan gulai asam pedas ibu di kampung. Ibu kata rajin-rajin masak di negara orang. Masih tersemat resepi ibu di dalam poket sewaktu permergian dia ke negera baru. Bukan orang Johor jika nasi tidak bergulaikan asam pedas!

Dari kenalan biasa, mereka menjadi sangat intim sehingga ke mana-mana sahaja mereka pasti bersama.Walau mereka bukan sebaya namun dia berasa sangat selesa bersama mereka. Apatah lagi duduk di negara orang tanpa keluarga yang boleh berkongsi rasa suka dan payah di situ. Pada dia, merekalah abang dan sahabat. Rakan barunya itu sering membawanya ke 'study circle' bersama orang-orang muslim di situ. Bukan sahaja dia dapat kenal dan bertutur dengan masyarakat Muslim British, malah dia dapat tahu betapa terbukanya pemikiran mereka. Cara masyarakat Muslim British berfikir lain dari masyarakat Melayu. Muslim di sini belajar untuk beramal, dan mereka faham akan asas-asas Islam sehingga mampu menghuraikan tentang Islam kepada yang bukan Muslim. Berbeza dengan masyarakat Melayu yang tidak tahu bagaimana untuk berdakwah kepada masyarakat Cina dan India di Malaysia sendiri. Kagum dia melihat teman-teman Muslim tempatan membidas hujah-hujah masyarakat Kristian tentang isu poligami, hijab dan terrorisme dalam bahasa Inggeris yang fasih dan jelas. Dia sendiri berasa malu dengan dirinya sendiri kerana masih tidak mampu memahami Islam sejelas mereka apatah lagi menerangkan kepada manusia lain sehingga mereka tertarik dan menganut Islam.

Dia merasakan ketenangan berada di dalam kelompok mereka. Dia berasa dia lebih beriman dengan apa yang dia tahu dengan Islam apabila bergaul dengan masyarakat yang dambakan Islam di tengah kelompok masyarakat jahiliyyah dan kuffar. Dia sendiri berasa pelik bagaimana mungkin dia boleh jadi sebaik ini tatkala datang ke negera penjajah tanah Melayu ini. Mungkin lagi susah kita mahu dapatkan sesuatu, lagi kita hargainya, begitu dia berfikir. Lagi sukar untuk mendapatkan ilmu Islam, lagi kita menghargai Islam itu sendiri.

‘Tugas kita adalah menjadi hamba Allah dan khalifah Allah’, begitu kata khatib berbangsa German seusai solat Jumaat di surau kecil kami di universiti..

Khalifah Allah? Apakah itu sebenarnya? Sering benaknya berfikir, namun Shish, rakan Pakistanya menyebut dalam bahasa Inggeris berloghatkan Urdu, ‘Itu adalah tugasan kita untuk mentadbir alam ini,memastikan segala yang hidup di dunia ini berputar pada paksi yang satu iaitu pada Allah Taala semata-mata’.

Dia blur, tetapi mengangguk tanpa faham. Bagaimana sebenarnya untuk melaksanakan perkara itu? Kenapa kita perlu lakukan semua itu? Otaknya masih nakal untuk bertanya, sanubarinya terlonjak-lonjak mahukan jawapan. Namun mulutnya sering berkunci kerana dia tidak mahu memalukan dirinya sendiri.

Dia tahu Allah ciptakan manusia untuk menyembahNya semata-mata, tidak yang lain.
Dia arif akan perkara itu, tetapi mengapa tidak dapat dia rasai benda itu? Mengapa ia tidak merasakan apa sahaja yang dibuat adalah merupakan manifestasi ibadahnya kepada Allah? Tidak berimankah dia? Tidak ikhlaskah dia? Apakah makna iman? Apakah makna ikhlas?

Cukup! Cukup! Bentaknya sendiri. Dia perlu hentikan soalan-soalan itu. Dia tidak mahu pening sendiri. Apa yang dia mahu adalah untuk merasakan apa sahaja yang dipelajari. Dia tidak mahu banyak ilmu namun langsung tak rasa apa-apa. Main ikut sahaja apa yang dia tahu. Perasaan itu penting!

Dia masih termangu-mangu di atas meja belajarnya. Haba elektrik yang sudah dipasang penuh tidak mampu melawan kedinginan cuaca di hari itu. Hawa dingin itu masih mampu menyelit ke dalam biliknya melalui celahan pintu dan tingkap. Dia melihat keluar jendela dan memerhatikan rintik-rintik salju turun memutihi seluruh daerah tempat dia bermukim. Indahnya melihat salju namun perit apabila memegangnya. Memegang salji adalah seperti memegang ais yang diambil dari peti ais. Sejuk yang mencengkam.

Apa ada pada salji? Tentu banyak yang Allah mahu manusia belajar dari salji. Dia sangat seronok bertemu dengan salji. Bermain-main dengan kepulan ais. Mengambilnya dan membalingnya ke tanah. Dia selalu melihat di dalam filem orang barat, mereka bermain-main dengan salji, membuat orang salji dan berdamparan di atas salji terutama sewaktu perayaan hari Krismas. Sudah lama dia berkeinginan untuk memegang salji. Bermain dengan salji walaupun dia tahu perasaan itu wujud kerana salji tidak pernah ada di negaranya sendiri.


Hari ini dia tidak berniat untuk keluar bermain salji. Seronoknya cuma sementara. Dia perlu memakai pakaian tebal dan sarung tangan yang kalis air jika mahu bermain. Jika tidak tangannya akan bengkak kesejukan. Lagipun salji turun agak lebat, dia lebih rela duduk di dalam bilik dan belajar untuk persediaan peperiksaan akhir tahunnya.

Salji mengingatkan dia akan dosa dan pahala. Tentang hati manusia. Salji itu putih,bersih dan sempurna, sedangkan hati manusia yang bergolak sering bercampur aduk antara kekotoran dan kebersihan. Jika manusia dapat gambarkan ketulan hati mereka seperti seketul ais, tentu mereka mahu hati mereka seputih ketulan ais itu. Kerana putih itu indah. Jika diambil ketulan ais yang telah bercampur tanah, tentu mereka tidak akan bermain dengan ais tersebut, kerana pada sudut pandangan cetek manusia, ais sebegitu adalah kotor dan tidak sempurna. Namun ramai manusia tidak mampu mengambil perumpamaan dan pelajaran dari sejumlah besar ciptaan Allah.

‘Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia menurunkan ais dari langit, dari gunung-gunung, makan ditimpakannya ais itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang Dia kehendakinya. ( An-Nur: 43)’

Buku ‘pathology’ terkuak luas di hadapannya namun dia masih memikirkan persoalan yang besar di benaknya. Dilihat jam di tangan. Dhuha masih ada. Dia mengambil wudu’ dan membentangkan sejadah. Bersiap sedia untuk menyempurnakan dua rakat sunat buat Rabb. Berikanlah aku hidayah untuk merasai imanMu Ya Allah! Bisiknya dalam hati. Dia ingin bertemu dengan jawapan kepada setiap persoalannya.

Setelah munajat yang panjang pada Allah, dia duduk berteleku dan berfikir. ‘Berfikir itu lebih baik daripada ibadah selama 1000 tahun’, ungkap salah seorang sahabatnya di satu ketika. Dia berasa sangat tenang apabila bercakap dengan Allah. Mencurahkan segala keresahan dalam hatinya. Dia rasa lapang. Dan dia rasa Allah berada bersamanya ketika itu.

Akhirnya dia bertemu jawapan kepada semua persoalan-persoalannya. Dia tahu banyak perkara tentang Islam tetapi dia tidak merasakan kepentingannya. Dia laksanakan apa yang dia tahu namun dia masih berasa belum puas. Seperti seorang ilmuwan kristian yang belajar tentang al-Quran namun tidak pernah beriman kepada Allah.

Akhirnya ilham itu muncul. Ya, dia tahu sekarang bagaimana untuk merasai apa yang dia tahu. Dia tahu bagaimana untuk merasai kemanisan iman itu.

Diambilnya buku ‘Kumar and Clark’ yang berada di sisi katilnya. Dibukanya halaman tengah secara rawak. Dibacanya beberapa perenggan.

Serum calcium levels are mainly controlled by parathyroid hormone (PTH) and vitamin D. Hypercalcaemia is much more common than hypocalcaemia and is frequently detected incidentally with multichannel biochemical analysers.


Dia cuba memahami dengan hati,namun gagal. Dia memahami dengan akal. Walaupun terpaksa membaca berulang kali namun dia faham juga akhirnya. Tutup. Diambilnya novel pemberian kakaknya pula, ‘Life of Pi’. Dia membaca untuk beberapa ketika. Dia terleka. Menghayati setiap bait ayat dengan penuh perasaan. Patutlah ramai orang mengantuk bila membaca buku akademik tetapi mampu berjaga malam untuk menghabiskan novel. Ditutupnya novel tersebut dan diambilnya al-Quran yang berada di sisi.

Dibacanya beberapa ayat dalam surah Az-Zariyat termasuk ayat ke 56 itu. Dia membaca maknanya sekali. Kali ini,buat pertama kalinya, dia membaca dengan hati. Sukar pada mulanya, namun dia terus mencuba. Membayangkan bahawa Allah menurunkan Al-Quran itu pada dia. Merasakan Allah berkomunikasi dengannya.

Dia terus membaca dan menghayati makna dari Al-Quran tersebut sehingga benar-benar meresap ke dalam hatinya. Perlahan-lahan, air matanya turut bergenang, perasaannya turut basah dengan keinsafan. Kenapa tidak dia rasakan sebelum ini? Membaca tanpa memahami,mendengar tanpa menghayati. Sedangkan ini kalam Allah! Jika dia dapat menghayati novel sampai menangis-nangis,mengapa tidak untuk kitab Allah? Dia kaget akan dirinya. Mahu salahkan siapa jika dia sendiri tidak menyedarinya? Begitu benar apa yang dikatakan dalam Al-Quran,

‘ Maka tidakkah mereka mentadabburi( menghayati) Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?’ (Muhammad: 24

“Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki mata tetapi tidak melihat dan memiliki telinga tetapi tidak mendengar. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi’ ( Al-A’raf: 7)

Sedihnya hatinya memikirkan keadaan dirinya yang tidak peka dan menyedari kerugian yang dia hadapi kerana tidak membaca Al-Quran dengan hatinya. Al-Quran disamakan ketika membaca buku-buku perubatannya. Kosong dari makna, jauh dari ruh!

Kini sudah dia mula memahami apa yang sering dialunkan di telinganya, ‘Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.’ Dan dia benar-benar merasakan itu dengan hati. Bukannya dengan beribadah secara rutin pada Allah tetapi turut memenuhi hak-hakNya. Akan dia jadikan seluruh kehidupannya, dari bangun tidur sehinggalah dia tidur kembali, sebagai ibadah kepada Allah, dengan melakukan sesuatu hanya kerana Dia.

Dia turut faham akan makna khalifah di atas muka bumi ini. Diselaknya halaman al-Quran dan didapatinya ayat yang dikehendaki. Dia membaca dengan kuat. Mahu ayat itu turut bergema dalam hatinya dan meresap ke dalam pembuluh darahnya. Dia mahu hidup berpaksikan ayat ini.

‘Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.’( Al-Baqarah:30)

Ya, khalifah! Tugas yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain. Tugasan yang hanya sanggup dipikul manusia, bukan umat yang lain. Tanggungjawab yang meninggikan martabat dan nilai manusia di alam semesta ini. Namun cuma secubit manusia memahami dan melaksanakan amanah ini.


Khalid rakannya dari Syria pernah berkata padanya, mengapa Allah menyuruh kita menjadi khalifah adalah untuk kita menyeru seluruh manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Manusia wajib memastikan seluruh makhluk yang melata di atas dunia ini untuk tunduk kepada Allah. Dengan cara itulah manusia dapat menjadi pentadbir alam ini. Dia teringat sebuah kisah yang pernah terjadi kepada Abu Dzar, sorang sahabat Nabi. Beliau hanya menemui Rasulullah selama tiga hari untuk mendalami Islam. Kemudian dia pulang menemui kaumnya dan berhasil mengislamkan mereka keseluruhannya. Tidak perlu tahu terlalu banyak untuk menyampaikan Islam, malah perlu berkongsi apa sahaja yang kita tahu tentang Islam.

Dia menutup Al-Quran yang dibacanya serta memerhati di luar jendela bilik kecilnya. Salji masih mesra dengan alam, turun dengan rintik yang perlahan-lahan. Dia menyedut nafas panjang dengan lega. Alhamdulillah, kini dia sudah faham dan mengerti maksud kehidupanya. Fikirannya sudah tidak kosong lagi

Dipetik dari muharikah

Sunday, March 21, 2010

kHas BuaT TeMankU Yg tErCinTa


Khas buat teman2 seperjuanganku
Teman2 seakidahku
Teman2 yg sentiasa menemaniku
Dikala gundah gulana jiwa ini
Menguatkanku dikala diriku lemah
Melembutkan jiwaku dikala jiwa ini keras
Mendamaikan hati ini dikala ia gersang
Menyayangi diri ini seadanya
Hanya kalian yg kupinta
Hanya kalian yg ku inginkan kebahagian keatasnya
Hanya kalian yg kusayangi sehingga akhirnya
Tiada rasa sedikit pun ragu
Akan kasih sayang ini
Kerana segala-galanya adalah
UKHUWAH FILLAH
Terima kasih Tuhan atas hadiah yang sangat bermakna ini
Mengurniakan aku sahabat2 yang sangat aku kasihi
Kasihnya bukan sekadar di bibir
Bukan juga sekadar di hati
Namun disandarkan kerna Ilahi
Semoga kasih ini juga bertemu Ilahi
Kerna ku percaya
Tidak sempurna iman ini selagi mana tidak mengasihi temannya melebihi dirinya sendiri
Itu penguatku
Kerna itu janjiMu
Bersatu menuju ke arah yg pasti

(^_~)
Tika hati rindukan Ilahi, mulailah jiwa tenang dan damai dirasai..
Resah gelisah mulai luput dari diri, bersatulah hati dgn cinta Ilahi..
Hingga dunia bkn menjadi rebutan lagi, kerna Akhirat kini tersemat dihati..
~Hadirlah cinta Ilahi, akhirat kembali, dunia luput menjadi kenangan untuk diri sendiri..
Nur Ilahi mula meresap kedlm diri, hingga damai terasa disetiap denyutan nadi, berkat Rahmat dan kasih sayang Ilahi~

Friday, March 12, 2010

ApAkah iA??

Ohh.. kamu tahu atau tidak apakah ia? Apakah itu?

DIa lah RABBku..
Rabb ku yg telah menciptakanku..
RaBb yg telah menciptakan langit dan bumi...
Yg telah menggantikan malam dengan siang...
Yg MAHA BERKUASA menghidupkan yg mati dan mematikan yg hidup...
Yg MAHA PEMURAH kerana memberikan rezeki kepadaku...
Yg MAHA PENYAYANG kerana memberikan nikmat kepadaku...
Yg MAHA PENGAMPUN kerana sanggup mengampunkan dosa2ku yg x terkira byknya...
Yg MAHA MENDENGAR kerana mendengar segala rintihanku...
Yg MAHA MENGETAHUI segala apa yg aku fikirkan...
Yg MAHA MENDENGAR segala apa yg aku lakukan...

Ya ALLAH...
Sungguh hina diri ini..
Sungguh kejam diri ini..
Sungguh.. Sungguh.. Sungguh ZALIM diri ini..
kerana menidakkan kekuasaanMU...
kerana sering mengabaikanMU..
kerana sering memperlekehkanMU...

Aku pohon YA RABB..
AKU pohon padaMU..
Hanya padaMU..
Segala kebaikan yg terbaik buatku..
Segala kebaikan yg terbaik keatas org2 sekelilingku..
Segala kebaikan yg terbaik keatas seluruh umatku..
Rahmatilah kami..
Ampunkanlah kami..
Kejutkanlah kami dari lena yg panjang ini..
Bangkitkanlah kami dari 'mati' ini...
Sebelum Engkau TIDURKAN kami...
Sebelum Engkau MATIKAN kami...
Sebelum Engkau MENGAZAB kami..

YA ALLAH...
HAnyalah kepadaMU tempat sandaran kami..

" Cukuplah Allah sbg Pemelihara" (33:3)