BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 25, 2011

Apa lagi yang kau cari

Andai kau resah gelisah, usah kau panjangkannya pada manusia, tapi panjangkan dukamu dalam doamu kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang
Usahlah dirimu mempersia-siakan titisan airmatamu kerana cinta manusia mahupun dunia, kerana ia tak menjanjikan sedikitpun manfaat untukmu didunia dan akhirat sana..
Namun menangis dan menitislah airmatamu kerana mengenangkan dosa-dosamu di dalam jiwa, semoga Dia mengampunkan dosa2mu seperti gugurnya dedaunan kering apabila ditiup angin dunia..

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan,
Dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari kurniaNya. Dan orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang sangat keras"

( Asy-Syuuraa: 25-26)

Thursday, April 14, 2011

Aku nasihatkan kamu


Duhai hati

Kau berpenyakit!!
Kau kejam!!
Kau tercela!!
Kau buta!!
Tatkala orang sekelilingmu menuju Tuhan
Kau terlena
Kau lali
Kau!!


Aku tak tahu!
Aku tak ingin tahu!
Aku mahu begini
Begini dan begitu
Senang pada saat ini
Biarkan aku begini
Biarkan
Blah!!

Hati
Jangan kau begitu
Sekali kali jangan!
Jangan lah
kasihani lah hatimu
Dari pelosok hatimu itu
Menjerit!
Menjerit kesakitan
Sakit teramat
Kenapa kau biar ia sakit??
Sampai kau hati

Kenapa??
Kenapa kau bilang begitu??
Aku tak paham la!

Hati
Kau tu asalmu mahu kebaikan
Asalmu mahukan Tuhanmu
Asalmu membutuhkan kasih sayang berpanjangan
Asalmu menginginkan perhatian tak henti2
Dari siapa akan kaudapatkan semua benda tu?
Cuba kau renung hati
Cuba lah
Aku pasti kau akan temui jawapannya

Dan ingatlah duhai hati
Semua benda yang kau buat akan ada balasannya
Walaupun sekecil2 zarah
Jangan kau menghitamkan hatimu itu
Bersihkanlah hatimu!
Dekatkanlah hatimu!
Dengan kekasihmu
Satu-satunya kekasih yang setia denganmu
Setia sepanjang masa
Tiada penat lelah olehnya
Bukankah kau pun inginkan kekasih begitu??

Duhai hati
Andai kau sedang menangis
Teruskanlah tangisanmu
Lajukan air matamu
Biar segala resah gelisah mu mengalir
Selaju air matamu
Jangan kau kesat
Biarkan
Biarkan ia kering begitu
Akan kau nampak selepas itu
Pelangi kebahagiaan dan ketenangan dalam hidupmu

p/s:
Ikhlaskanlah hatimu
Untuk Ilahi
Hanya Dia
Yang kau puja
Hanya Dia
Yang kau rindu
Hanya Dia
Tempat pergantunganmu
Hanya Dia
Tempat mengadumu
Hanya Dia
Tumpuan mata hatimu
KERNA DIA
PENCIPTAMU

DAN CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI SAKSI (Al-Fath: 38)

Thursday, April 7, 2011

Duhai Kekasih Hati

Duhai kekasih hati


Ingin kutitipkan

Khas untukmu

Dalam meniti hari

Menguatkan hati

Menanti janji yang pasti

Kerna pasti kau temui

Janji Ilahi

Di atas jalan ini

Namun

Jika impianmu terhalang

Doamu tidak dimakbulkan

Bersangka baiklah pada Tuhan

Kerna

Disebalik semua kejadian

Pasti terkandung hikmah

Penuh kebaikan

Ketentuan Allah terlalu sempurna

Hadirnya indah pada masanya

Dia tidak memberi apa yang kita harapkan

Tetapi memberi apa yang kita perlukan

Kadangkala

Kita sedih

Kita kecewa

Kita terluka

Tapi jauh di atas sana

Dia mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita