BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 18, 2010

Jom elakkan KeRUGIan yang kekal....

Kelas hari ni tamat seperti biasa. Kepenatan terasa.. Kakiku pedih. Mungkin sebab kasut baru agaknya. Kasut lama telah rosak dan tercabut sudah tapaknya. Aduh, kesian betul bila ku melihat. Sayang. Tak sampai hati nak buang. Sebabnya dah banyak kasut tu berjasa. Ealah, sejak start dari SEM III sampai lah bulan 5 ni, kasut tulah penemanku, pelindung kaki2ku. Suhu udara semakin meningkat, membahang. Peluh menjalar turun, membasahi dahi. Teman disebelahku mengadu, panas. Apa yang boleh dibuat, hari-hari macam nilah, berulang alik dari gam'ah ke rumah. Al-maklumlah dah summer. Kalau tak tahan panas, " Ya 'ammu, difa' madani!" huhu..

Hari ni, mungkin hari last aku dan teman-teman ke gam'ah, terus aku ajak orang disebelahku, "Mimie, jom! Teksi ea??" hehe. "Mimie ikut je". Sebab hari last lah, aku kasi alasan nak naik teksi. Tak larat nak jalan (alasan semata-mata)

Di perjalanan sepanjang jalan pulang, kulihat sekelilingku. Kedai-kedai berderet. Jalan 'jam' seperti biasa. Tiada yang luar biasa. Kedai 'ashob' jadi tumpuan. Maklumlah, dahaga!! Aduh, berkecur air liurku. Sabar2 Wahidah. Kat rumah pun ada air. Hehehe.. Di seberang jalan sebelah lagi, ada hospital2. Ditepi2 pagar hospital, ada makcik2 pakcik2 duduk2 kat atas batu 'pavement'. Ada yang beralaskan kotak-kotak. Ada jugak yang duduk je atas tu. Dibawah cahaya matahari yang terik ni!! Entahlah apa yang ditunggunya, aku pun tak da idea. Ramai jugak yang berjalan. Yang dok nak tahan teksi pun ramai. Ada yang sempurna, ada jugak yang sakit. Maklumlah, kawasan sekitar hospital. Macam2 boleh nampak.

Belum lagi sampai di rumah, terus aku dan Mimie dikhabarkan rumah blackout. Allah, macam mana ni??! Dah la panas2 ni. Dylla yang sepatutnya masak hari ni tak leh nak masak. Hurm, makan delivery lah nampaknya. Takpe2, sabar2. Sampai di rumah, buang masa. Takpe, rilek jap, panas ni, letih lagi. Kita tunggul letrik ea. Satu dua jamku berlalu begitu sahaja.

Alangkah membazirnya aku. Alangkah lupanya aku. Tak cukup lagi tu. Keluar lagi lepas sebaik sahaja usai solat Asar. Takpe2, ni nak beli barang ni. Barang nak makan. Nak 'study leave' dah kan. Hehehe.. Semuanya saja nak sedapkan hati.

Lalai, leka. Tak sedar. Unconscious.

Tiba-tiba...

ADUH!! SAKITNYA!! Tertusuk sesuatu.. 'Khayal' sebentar..

"Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu...." (2:29)

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" (51:56)

" Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (67:2)


Allah telah menciptakan segala-galanya yang ada di bumi ni untuk kita gunakan. Yang pasti semua benda tu adalaha alat untuk kita beribadah kepadaNya, alat untuk kita melihat KeagunganNya, KebesaranNya. Sihat, sakit, hidup, mati, makanan, minuman, sayur-sayuran, pokok-pokok, kumbang dan bunga, and even masa pun, segala-galanya untuk kita, makhlukNya ciptaan yang terbaik yang dinamakan manusia.

Namun, sejauh mana kita menggunakan segala-galanya yang dikurniakan oleh Rabb kita, yang amat menyayangi kita dengan sifat Ar Rahim Nya, ke arah kebaikan seperti yang Dia kehendaki?
Sebanyak mana antara kita yang sedar akan hakikat itu? Dan sebanyak mana juga antara kita yang sedar akan hakikat itu, dan mengamalkannya dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang pengembara ini? (termasuklah diriku di antara golongan2 ini juga)

Sungguh kejam lah diri kita, kerana menidakkan hakikat ini. Sungguh zalim diri ini akan Pencipta dirinya kerana memekakkan telinga akan kebenaran ini. Namun Dia sesekali tidak akan rugi. Yang rugi ialah kita. Sungguh rugi, rugi serugi-ruginya. Kerana tidak melaburkan segala-galanya ke 'syarikat' yang benar lagi menjanjikan keuntungan yang besar....

Dia berfirman lagi,

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (9:111)


Dan yang rugi itulah kita...

Ayuh teman-teman yang sangat-sangat kusayangi, jomlah kita sama-sama laburkan 'saham' kita yang telah diberikan oleh Al-Khaliq untuk kita laburkan ke 'syarikat akhirat' yang telah pasti ganjarannya yang sangat BEST dan yang tak boleh dimiliki dengan hanya 'saham' seposen dua.

Peringatan buat diri ini juga, supaya sentiasa10x ingat akan 'saham' yang kekal abadi ini.

Wallahu'alam







0 comments: